Old Diaries !
semanis seorang muslimah

Navigation :Touch the image ~



Diaries Owner Linkies Stuff

Assalamualaikum. I'm just a person searching for the true meaning of Islam..Hate me I don't care :)


Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Shamine Hanis
Others:   


Nak Pengsan Wo..!

                                        
Assalamualaikum.!What up? 
Kaki aku terasa macam nak tercabut wo..!
Nak tahu kenapa aku cakap kaki aku terasa nak tercabut?Sebab aku pergi buat larian merentas desa peringkat sekolah..Rasanya aku tadi hampir pengsan sebab pening-pening macam tuh tapi Alhamdulillah aku tak pengsan.BTW aku takpernah pun pengsan seumur hidup aku tahu tak??Hohoho syoknyer... #Camhapejerakunie..WinkWink.o.O.
Tadi time aku nak pergi sekolah boleh pulak kaki belah kiri aku nie cram..Aku ingatkan kaki aku taktahu camne nak cram rupanya dieorang sudah besar n pandai tuhh..SYABASS..haha merepek jer lebih.Masa time aku lari tuh kan semua benda terasa sakit.First first bahagian perut aku sakit lagipun bahagian perut aku selalu sakit bila lari sebab aku Asthma.Sebenarnyakan cikgu takbagi aku lari langsung tapi aku degil gi lari jugak.Aku cakap aku jogging and walking jer.Hehe degilkan Shamine nie.!Memang pon degil.Pastuh beberapa minit lepas tuh aku sakit dekat paru-paru aku yang belah kanan.Nisha suruh aku stop takut aku pengsan ke ape.Tapi aku still degil and cakap aku okay tapi aku just nak jalan.Lama gila sakit kat paru-paru aku and perut aku nak reda.Lepas dah okay tuh kan aku pun jog lagi sekali lah dengan Nisha and then bahagian jantung aku pulak rasa sakit.Aku biarkan je tapi lepas tuh semua tempat aku rasa sakit.Termasuk tulang kering kat kaki aku tuh.Rasa macam nak tercabut jer.Masa kaki aku rasa sakit nak tercabut tuh aku dah keluar kawasan Saujana Rawang and dekat dengan kawasan badminton hall tuh.Woohoo semua terasa nak patah dah time tuh...Aku bangga denga kau anggota badan...#Banggasebabsemualembikgila..Elehh sure lah aku punya anggota badan lembik gila tapi aku ada muscle dekat triceps aku.(kalau taksilap aku tempat yang atas kat pergelangan tangan tuh triceps kan?)Hehehe......Aku bukan pakar badan ae!So aku taktahu sangat pasal muscles kebenda nie semua.Sambung cerita.Time aku lari tuh aku takbwak air pun.So bila kat dalam kawasan Saujana Rawang OnTheWay nak balik sekolah tuh aku terasa dahaga gila.Boleh pengsan wo.Tapi aku takpengsan pon..Hahahaha..Sampai dekat sekolah aku terus pergi kantin bukak beg ambil air duduk and minum.Gulp gulp gulp....Air aku tinggal suku dari botol aku jer.Sekelip mata aku minum dah sikit.Actually kan kalau aku minum air banyak macam tuh dalam masa yang sekejap meaning aku tengah semput habis and taktahan sebab nafas aku takcukup.Aku pi balun air aku sampai habis.Taksampai 10 minit pun air yang aku bawak dah habis.*Hebatkan..Ahaks..#Gedik kejap dahlama takbuat macam nie.
Petang tuh aku kena bagi T-shirt yang aku janji nak bagi dekat Mr.Hotty tuh kan.Masa tuh lepas rehat loceng dah bunyi macam 2-3 minit sebelum tuh.Aku tengok die taksampai lagi dekat kawasan Block A so aku gi lah cakap dekat Maneesha yang aku nak gi cari orang.Tetiba masa aku nak gerak ke laluan utama dia punn sampaii..Then aku cakap lah slow-slow 'Panjang umur baru cakap dah sampai'.Dia tanya lah mana baju tuh.So aku keluarkan lah dari poket aku.Baju tuh cam tersekat kan sebab poket aku sempit because baju tuh kembang bila dilipat.Then dia cakap "Asal simpan baju dalam poket?".Aku pon takjawab tapi tersengeh-sengeh sebab taktau nak cakap apa.Malu kowt orang tegur aku macam tuh.Dah lah suara sodapp..Muka sodapp mata memandang.#Astarghfirullah..
Apa aku cakap nie.Berdosanya aku puji lelaki sampai macam tuh..Ya ALLAH maafkan hambaMu.Aku tersilap mengeluarkan kata-kata ku.
Okay time nak balik tuh pulak.Kaki aku nak buat hal lagi..Aniqah pun kaki dia rasa sakit.Aku ada belajar buat BRITCH ke apatah ejaan die aku taktahu.Aniqah ajar aku.First time aku buat perut aku taknaik.Tapi second time aku buat menjadi.Tapi bahagian perut and bahu aku sakit sebab buat benda tuh.Hari nie kebanyakkan line yang aku tulis semua ada kene mengena dengan sukan..KanKan!Okay that's it for today.

40 Hadis Imam Nawawi..Yang ke duapuluh lima 25:
Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW : ” Wahai Rasulullah ! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu.” Bersabda Nabi SAW : ” Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah ? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan seseorang dengan isteri juga sedekah. “Bertanya para sahabat : ” Ya Rasulullah ! Adakah sesaorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? ” Bersabda Rasulullah SAW : ” Apakah pendapat kamu sekiranya seseorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala. “
Sekian wassalam.
Bye,Assalamualaikum. =)
                                                                                                          SalamSayangDari, <3ShamineHanis<3